KUCHING: Scoot Pte Ltd (Scoot), anak syarikat Singapore Airlines yang menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang rendah dijangka dapat meningkatkan kekerapan penerbangannya antara Singapura dan Sarawak bermula Mei ini selepas menambah pesawat baharu Embraer kepada kumpulan pesawatnya.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata beliau dimaklumkan oleh Pengurus Besar Scoot Malaysia, Yeo Kaijie bahawa inisiatif syarikat penerbangan itu merangkumi penerbangan ke Miri, Kuching dan Sibu menggunakan pesawat baharu Embraer E190-E2 dengan kapasiti 112 penumpang.
"Pada masa ini, Scoot hanya menawarkan penerbangan dari Singapura ke Kuching tujuh kali seminggu dan ke Miri tiga kali sehari menggunakan pesawat Airbus a320.
"Syarikat penerbangan itu dijangka menambah penerbangan yang dijadualkan kepada lima kali seminggu ke Miri dan ke Sibu tiga kali seminggu menggunakan pesawat Embraer pada Mei dan Jun tahun ini," kata Lee dalam satu kenyataan hari ini selepas pertemuan dengan delegasi Scoot yang diketuai Yeo di pejabatnya di sini, semalam.
Menurut Yeo, Scoot menyediakan perkhidmatan ke 18 destinasi di China dan akan menyediakan platform kepada lebih ramai pelancong China yang mencari destinasi percutian dan penerbangan sambungan melalui Singapura.
Beliau berkata Scoot juga telah menempah sembilan pesawat Embraer E2 untuk meningkatkan kapasitinya.
Sementara itu Lee berkata jumlah pelancong dari Singapura ke Sarawak meningkat daripada 38,743 orang pada 2010 kepada 46,812 pada 2019 dan mencatatkan lonjakan ketara kepada 60,760 pada tahun lepas.
Menurutnya, sekarang masa yang sesuai untuk Scoot menawarkan penerbangan ke bandar utama lain di Sarawak, seperti Sibu, dan mencadangkan syarikat penerbangan itu menambah penerbangan berjadualnya ke Miri kepada penerbangan harian memandangkan ia telah bertukar kepada pesawat dengan kapasiti lebih kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Lee berkata beliau dimaklumkan oleh Yeo Kaijie bahawa inisiatif syarikat penerbangan itu merangkumi penerbangan ke Miri, Kuching dan Sibu menggunakan pesawat baharu Embraer E190-E2 dengan kapasiti 112 penumpang. - Gambar FB FlyScoot
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Sabah destinasi percutian tawar harga berpatutan - Joniston
Mereka dapat meneroka destinasi baharu, mendalami budaya tempatan, serta memupuk perpaduan dan pemahaman lebih mendalam dalam kalangan rakyat.
Scoot dijangka tambah kekerapan penerbangan ke Sarawak guna pesawat baharu Embraer
Scoot dijangka dapat meningkatkan kekerapan penerbangannya antara Singapura dan Sarawak bermula Mei ini selepas menambah pesawat baharu Embraer kepada kumpulan pesawatnya.
Kuching destinasi pelancongan harga paling berpatutan bagi percutian akhir tahun
Agoda menganalisis purata caj bilik bagi destinasi-destinasi pelancongan dari 22 hingga 31 Disember.
Pelancongan di Langkawi semakin rancak, bukan lumpuh - MB
Penerbangan masuk ke Langkawi direkodkan antara 20 hingga 30 sehari yang mana lebih tinggi pada hujung minggu dan hari cuti.
Pulau Bidong jadi tumpuan peminat sejarah dan alam semula jadi
Keindahan terumbu karang, peninggalan sejarah pelarian Vietnam, kepelbagaian flora dan fauna yang masih tidak 'terusik' menaikkan nama pulau ini.
Selepas Boracay, destinasi resort kedua paling popular di Filipina diarah tutup?
Paras bakteria coliform yang tinggi dikenal pasti di dua kawasan di bandar El Nido.
Selangor sasar 9 juta pelancong tahun ini
Jumlah sasaran pelancong ke Selangor pada tahun ini, dapat dicapai susulan negeri berkenaan mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang unik.
MAHB lancar dana RM5 juta tingkatkan pelancongan Langkawi
Dana itu ditawarkan kepada penggiat industri yang layak seperti syarikat penerbangan, ejen serta operator pelancongan dan syarikat pemasaran destinasi.
Garis Masa 2018: Imbasan isu, berita dan peristiwa pelancongan
Kerancakan industri pelancongan sepanjang tahun 2018 digerakkan lebih daripada aspek-aspek tersebut.
Bilangan pelancong menurun? Pemain industri cadang tubuh Lembaga Pelancongan Langkawi
Lembaga itu akan dapat menumpukan perhatian yang khusus kepada pelancongan berbanding fungsi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sekarang.